Sebuah industri mempraktik konsep
pemasaran tertentu untuk mencapai objektif pemasarannya. Konsep pemasaran
dipilih berasaskan kepada kesediaan produk dan keupayaan fasiliti pemasaran
oleh industri tersebut, serta bersesuaian pula dengan faktor-faktor
persekitaran pasaran dan pembelian oleh pengguna sasaran. Secara umum, terdapat lima konsep
pemasaran, di mana setiap konsep tersebut dibezakan oleh bentuk orientasi dan
penumpuan industri dalam melaksanakan aktiviti pemasaran masing-masing,
iaitu :
1. Konsep Pengeluaran
Konsep Pengeluaran adalah berasaskan
kepercayaan bahawa pengguna lebih berminat membeli produk yang berharga murah
serta mudah diperolehi. Oleh itu, industri akan memberi tumpuan kepada
kecekapan pengeluaran produk dalam jumlah yang tinggi, menggunakan kos sumber
yang rendah, menawarkan harga jualan yang murah dan mengadakan liputan
pengedaran yang luas.
Konsep ini sesuai sebagai strategi
untuk meluaskan pasaran produk. Pengguna sasaran adalah golongan yang membeli
produk disebabkan keperluan dan tidak mengutamakan ciri -ciri produk tersebut.
Oleh kerana konsep pemasaran ini
mengutamakan prestasi dalam pengeluaran serta penjualan produk, maka
industri yang memilih konsep pemasaran ini biasanya kurang menitikberatkan
aspek kualiti layanan dan perkhidmatan kepada pelanggan.
2. Konsep Produk
Konsep Produk adalah berasaskan
kepada prinsip bahawa pengguna akan menghargai dan lebih mengutamakan produk
yang menawarkan kualiti, prestasi dan ciri-ciri inovatif yang terbaik.
Untuk itu, industri akan memberi lebih tumpuan kepada merekacipta produk yang
berprestige – mempunyai attribute dan value yang terbaik dalam
kelasnya yang tersendiri - serta menyempurnakan pengeluarannya walaupun
dengan kos yang tinggi.
Segmen pasaran dan pengguna sasaran
adalah terpilih kerana ciri-ciri produk yang spesifik serta harga tawaran yang
tinggi. Sementara keuntungan pula tidak diasaskan kepada volume jualan,
sebaliknya ia ditentukan melalui margin keuntungan yang telah ditetapkan.
Bagaimana pun, disebabkan terlalu committed
terhadap usaha mengadakan kualiti dan inovasi produk, industri yang
berorientasikan konsep pemasaran ini cenderung tidak memperhatikan trend
sebenar pengguna di pasaran. Produk yang dikeluarkan kadangkala mengalami
kesulitan dalam pemasaran kerana faktor-faktor persekitaran pasaran yang sering
terlepas pandang seperti timing, perubahan kuasa belian pengguna dan
persaingan produk.
3. Konsep Jualan
Konsep Jualan berorientasikan
menjual produk melalui kaedah pemasaran yang lebih agresif. Industri yang
memilih konsep ini percaya bahawa pengguna mempunyai minat yang rendah untuk
membeli produknya serta tidak akan membeli produk dengan mencukupi sebagaimana
diharapkan sekiranya tidak didorong.
Konsep ini dipraktik apabila
industri mempunyai kelebihan keupayaan dalam menyediakan produk serta
berkeyakinan bahawa ia mempunyai fasiliti yang cukup untuk melaksanakan
aktiviti pemasaran yang dirancang.
Produk yang dipasarkan biasanya
terdiri dari kategori bukan keperluan yang mana pengguna mungkin tidak berusaha
atau terfikir untuk membelinya. Sebagai contoh, penjual insuran, kad diskaun
dan encyclopedia biasa menggunakan kaedah hard-sell supaya
pengguna membeli produknya. Selain itu, konsep ini juga sesuai bila
industri mempunyai stok yang banyak bagi sesuatu produk. Di sini, tujuan
pemasaran adalah lebih kepada untuk menghabiskan stok, sementara faedah di
pihak pengguna kurang diutamakan.
Memandangkan prestasi jualan adalah
berasaskan faktor dorongan terhadap pengguna, maka aktiviti mempromosi akan
dijalankan dalam berbagai versi yang lebih menarik semaada secara direct
atau melalui media pengiklanan yang luas.
4. Konsep Pemasaran
Konsep Pemasaran berbeza dengan tiga
konsep yang dinyatakan di atas. Konsep ini berorientasikan memenuhi keperluan
dan kemahuan pengguna dengan efektif, sedangkan tiga konsep sebelumnya
berorientasikan kepentingan industri untuk menjual produk.
Empat perkara berikut merupakan
prinsip utama yang menjadi tonggak kepada konsep pemasaran ini,
iaitu:
- Pasar sasaran – memiilih pasar sasaran yang
tepat dan membentuk aktiviti pemasaran dengan sempurna.
- Keperluan pengguna - memahami
kehendak sebenar pengguna dan memenuhinya dengan lebih efektif.
- Pemasaran berintegrasi - kesemua fungsi / sub-unit
industri bekerjasama memenuhi tanggungjawab pemasaran.
- Keuntungan - mencapai keuntungan melalui
kepuasan pelanggan.
5. Konsep Kesejahteraan
Konsep Kesejahteraan adalah
langsungan daripada Konsep Pemasaran di mana ia ditambah dengan
unsur-unsur kepekaan industri terhadap kesejahteraan pengguna serta
masyarakat keseluruhan. Ianya berasaskan prinsip bahawa industri mempunyai
tanggunjawab sosial yang perlu dipenuhi dalam masa ia bertindak
mencapai objektifnya.
Melalui konsep ini, industri
sentiasa mengambilkira kepentingan sosial dan etika sebagai satu agenda bersama
dalam membuat keputusan pemasaran. Oleh itu, dalam pemasarannya, industri perlu
menyeimbangkan antara tiga kriteria berikut:
- keuntungan yang perlu diperolehi
- kepuasan penguna yang perlu dipenuhi
- kesejahteraan masyarakat yang perlu di pelihara
Apa pun konsep pemasaran yang akan
digunapakai oleh sebuah perusahaan atau industri bersesuaian dengan objektif dan
orientasinya, namun aktiviti pemasaran sepatutnya berpandukan filosofi yang
berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian produk serta perlulah
mengambilkira faktor kesejahteraan terhadap masyarakat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar